Dalam mengharungi kehidupan ini, saya didatangi dengan pelbagai dugaan samada kehidupan harian, rumahtangga, pekerjaan, dan pelajaran. Dalam meniti pengajian phd ini, saya diduga dengan kesihatan ayah yang semakin nazak, anak-anak yang semakin memerlukan perhatian, dan pelbagai tohmahan yang entah datang dari mana. (Biarlah Allah yang menghukum) Apa yang pasti, saya tidak akan jatuh dan tersasar daripada matlamat hanya kerana perkara yang tidak pasti.
Malam tadi, saya sempat berdating secara maya dengan Izam. Tapi, sekejap sahaja, kerana Izam perlu duty malam hari ni. Tak mengapalah, hilang rindu sekejap… Kasihan Izam. Banyak dugaan yang datang menimpanya, semenjak sebelum kami bernikah lagi. Begitulah dugaannya apabila bekerja dan bekhidmat untuk orang ramai. Agaknya, apalah perasaan mereka yang berkahwin dengan artis dan orang2 kenamaan dan dikenali ramai? Pasti lebih banyak dugaannya. Untuk Izam, janganlah bimbang. Saya tetap menaruh sepenuh kepercayaan kepadamu kerana jodoh kita adalah kerana Allah, dan biarlah kehidupan kita pun kerana Allah. Orang lain mungkin mengatakan saya bodoh kerana mempercayai suami, tetapi, bukankah itu adalah asas dalam perhubungan suami isteri. Andai ada yang tersasar, itulah khilaf sebagai manusia. Allah lebih Mengetahui…